MEDICAL CARD

Idzwan Kahar - Etiqa Family Takaful Agent

Baik Tuan/Puan, pelan perlindungan Perubatan dari Etiqa ini merupakan pelan yang bercirikan perlindungan penuh dengan harga yang sangat berpatutan dimana pelan yang kami tawarkan kepada semua pelanggan - pelanggan kami adalah bersifat perlindungan penuh atau dikenali sebagai FULL COVERED PLAN.

Bermaksud pelan yang di berikan Tiada Deductible atau Co-payment atau Co-takaful atau sebagainya. Dengan kata lain jika bill rawatan hospital RM 10,000.00, maka RM 10,000.00 lah yang pihak etiqa akan bayar kepada pihak hospital tersebut.

❌️ Tiada deductible 

❌️ Tiada Co-payment 


Kami di Etiqa mempunyai dua jenis pelan medical card di mana kami mempunyai pelan ekonomi murah dan pelan UNLIMITED di mana coverage nya lagi besar dan menyeluruh. 


👉 Untuk pelan ekonomi atau pelan murah kami, etiqa memberikan limit tahunan minimum RM 100 Ribu setahun dan maximum RM 1.5 Juta setahun.

Bukan itu sahaja, dalam pelan murah ni bukan hanya medical card je etiqa bagi, siap Pampasan kematian sehingga RM 100 Ribu tau ikut pada kelayakkan umur. ✌😁 


👉 Manakala untuk pelan UNLIMITED betul2 power, Etiqa berikan limit tahunan yang lagi besar minimum 1 Juta setahun dan maximum RM 2.3 juta setahun. 


Tapi nama pon pelan power dan lengkap, dalam pelan ni siap semua medical card + Pampasan kematian + saving complete dalam 1 pelan tau..😁👍


Pelan yang di bawah ni merupakan pelan murah kami.

Pelan di bawah ni pula adalah pelan yang power dan unlimited

Baik, di atas ni adalah official flyers dari Etiqa tentang Benefit - benefit medical card yang kami tawarkan. Takpa, saya mudahkan semua penerangan yang ada di flyers tersebut dengan bahasa yang mudah faham.


RINGKASAN MANFAAT TAKAFUL MEDICAL PLUS


✅ Tiada Had Seumur Hidup - UNLIMITED♾ 

✅ 132 cawangan panel hospital 🏨 seluruh Malaysia 

✅ Perlindungan sepantas 2️⃣4️⃣JAM selepas inforce 

✅Perlindungan 100% KOS RAWATAN (FULL Covered) 

✅ Rawatan sakit ringan di mana-mana Klinik 24 Jam 🏪 RM 100 PER RESIT sah untuk waktu 10 malam hingga 9 pagi. 

✅ Aplikasi ‘Etiqa Smile' di telefon bimbit 📲untuk claim resit Klinik, GPS hospital terdekat dan Status GL Hospital 


 Manfaat-manfaat Pesakit Dalam 


✅ Tiada Had had bilangan hari tahunan Caj Bilik dan Makanan Di Hospital 

✅ Caj  Unit Rawatan Rapi adalah Seperti yang Dikenakan (Tiada had bilangan hari tahunan) 

✅ Fi Pembedahan adalah Seperti yang Dikenakan

✅ Fi Pakar Bius adalah Seperti yang Dikenakan

✅ Fi Bilik Bedah adalah Seperti yang Dikenakan

✅ Caj Bekalan & Perkhidmatan Hospital adalah Seperti yang Dikenakan

✅ Caj Lawatan Pakar Perubatan / Pakar Dalam Hospital (had 2 lawatan harian) adalah Seperti yang Dikenakan

✅ RM 150 Manfaat Penjagaan Harian (had RM harian)

✅ Manfaat Penjagaan Harian (had bilangan hari tahunan) adalah 120 hari

✅ RM 200  Elaun Tunai Harian Di Hospital Kerajaan (had RM harian)

✅ Tiada Had bilangan hari tahunan untuk Elaun Tunai Harian Di Hospital Kerajaan

✅ RM 100 untuk Fi Laporan Perubatan (had RM setiap Penghospitalan) 



Manfaat Pesakit Luar 


✅ RM 100 Fi Rawatan Kecemasan Sakit Pesakit Luar (had RM setiap keadaan perubatan)

✅ Caj Ujian Diagnostik Pra Hospital atau Fi Rundingan Pakar (dalam 60 hari sebelum Penghospitalan) adalah seperti yang Dikenakan

✅ Caj Rawatan Selepas Penghospitalan (dalam 90 hari selepas pelepasan) adalah Seperti yang Dikenakan

✅ Caj Rawatan Fisioterapi Pesakit Luar (had RM tahunan, dalam 90 hari selepas pelepasan atau pembedahan) RM 1,000

✅ Caj Rawatan Kecemasan Pesakit Luar Akibat Kemalangan (had RM setiap Kemalangan) adalah Seperti yang dikenakan

✅ Caj Rawatan Kecemasan Pergigian Akibat Kemalangan (had RM setiap Kemalangan) adalah Seperti yang Dikenakan 

✅ Fi Ambulans adalah Seperti yang Dikenakan

✅ Caj Penjagaan Kejururawatan di Rumah (had RM harian)RM 100

✅ Caj Penjagaan Kejururawatan di Rumah (had bilangan hari tahunan) 60 hari

✅ Fi Pembedahan Balik Hari adalah Seperti yang Dikenakan



Kanser, Dialisis dan Pemindahan Organ 


✅ Caj Rawatan Dialisis Buah Pinggang Pesakit Luar adalah Seperti yang Dikenakan

✅ Caj Rawatan Kanser Pesakit Luar adalah Seperti yang Dikenakan

✅ Pemindahan Organ (terhad kepada satu (1) Pemindahan Organ setiap Sijil) adalah Seperti yang Dikenakan



Manfaat-manfaat Lain 


✅ Caj Pengamal Perubatan Alternatif (had RM tahunan, dalam 90 hari selepas pelepasan) RM 200

KAD FIZIKAL?

Sesuai dengan peredaran zaman dan zaman teknologi, Etiqa sudah tidak keluarkan lagi kad secara fizikal.

TETAPI!!!

Setelah Permohan Takaful Anda Berjaya, Anda juga akan di bekalkan dengan Aplikasi terbaik Etiqa yang telah menggantikan KAD fizikal.

untu kemasukan WAD??? Jangan risau, hanya perlukan IC sahaja sudah cukup untuk anda di masukkan ke WAD Hospital panel kami. Semua maklumat anda sudah tersedia di semua Panel Hospital kami.

Kelebihan Aplikasi Etiqa Smile:

1. Memberikan Rumusan Perlindungan Anda

2. Menyemak Status Guarantee Letter

3. Menyemak Payment Due

4. Menyemak Claim Status

5. Tuntutan Rawatan Klinik

6. Carian Hospital Panel terdekat

TAK PERCAYA??  takpa.. mari saya tunjuk bukti pelanggan - pelanggan saya ya

Antara testimoni tuntutan oleh pelanggan di bawah Etiqa Family Takaful Berhad yang di uruskan oleh team kami di Agency

Macam - macam claim yang pelanggan kami dapat antaranya kemalangan, covid-19, elaun wad, gastric, muntah-muntah, keracunan dan macam-macam lagi.

Di Etiqa, pelan medical card kami bukan sahaja cover untuk kemasukan hospital malah, untuk rawatan klinik depan rumah pon kami cover juga.

Boleh lihat testimoni yang kami sediakan

KEPENTINGAN MEDICAL CARD KEPADA KELUARGA ANDA

Adakah kita perlu kad perubatan (medical card) dalam kehidupan kita? Jawapannya, perlu. Medical card ini merupakan satu keperluan hidup di mana setiap individu mesti ada dan ia bukan lagi kehendak kerana kos perubatan pasti akan terus meningkat mengikut teknologi perubatan yang canggih semasa. Akan tetapi ramai dalam kalangan Malaysia masih lagi tidak menitikberatkan perkara ini kerana alasannya adalah mahal dan tidak mahu membebankan diri dengan bayaran bulanan tersebut.

Pada masa kini, perlindungan takaful ini telah menjadi satu keperluan yang amat penting dalam kehidupan kita. Ianya dapat membantu kita sekiranya menghadapi sebarang musibah seperti sakit, kemalangan, kematian, lumpuh dan sebagainya. Sebagai contoh, sekiranya seseorang individu menghidap penyakit kronik yang termasuk dalam senarai yang dilindungi pihak insuran dan takaful, pihak ini akan membiayai kos perubatan individu tersebut. Sebaliknya, sekiranya kita tidak dilindungi oleh insuran dan takaful maka kita terpaksa membayar dengan wang saku sendiri untuk kesemua perbelanjaan yang timbul samada daripada kemalangan ataupun kos perubatan untuk merawat penyakit yang dihadapi. 

Jadi, fungsi kad perubatan adalah sebagai protection (perlindungan) kepada bil hospital swasta yang tinggi. Dengan medical card ini, anda tak perlu risau kerana anda semestinya mampu mendapatkan rawatan yang lebih selesa, cepat dan mudah diuruskan. Oleh yang demikian, perlindungan takaful ini akan memberi ketenangan sekiranya anda dan keluarga anda ditimpa musibah, memastikan keluarga anda dapat menjalankan kehidupan seperti biasa walaupun ditimpa musibah dan mengelakkan diri anda, isteri dan anak –anak daripada meminta-minta sekiranya ditimpa musibah.

FREE QUOTATION & CONSULTATION